Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua

Tuesday, March 9, 2010

Isu semasa Pendidikan

Mekanisme pelaksanaan MBMMBI

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) baru-baru ini mengeluarkan kenyataan akhbar bagi menerangkan dengan lebih jelas kepada masyarakat mengenai pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Menurutnya, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakan mekanisme “soft landing” untuk P&P Sains dan Matematik bagi membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan.

``Mekanisme “soft landing” adalah melaksanakan P&P Sains dan Matematik dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan sekolah menengah.

``Dwibahasa bermaksud penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains dan Matematik di sekolah kebangsaaan dan sekolah menengah; dan penggunaan bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil,'' jelas beliau.

Katanya, perlaksanaan dasar tersebut akan bermula pada 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Walaubagaimanapun mekanisme “soft landing” akan memberi ruang kepada pelajar-pelajar lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P boleh dilaksanakan dalam dwibahasa.

Kohort-kohort yang terlibat adalah seperti berikut:

(a) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.

(b) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.

(c) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2016.

(d) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2013.

(e) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.

(f) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015

Beliau turut menjelaskan tentang pentaksiran bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dimana mata pelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2016.

Mata pelajaran Sains dan Matematik bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula diteruskan dalam dwibahasa sehingga 2013 manakala bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dilaksanakan sehingga 2015.

``Ini bermakna penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda bagi SJK(C) dan SJK(T) bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan dilaksanakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah menengah akan terlaksana pada tahun 2016,'' jelasnya.

Bagaimanapun beliau berkata, pengajaran Sains dan Matematik bagi Tingkatan 6 dan Matrikulasi akan kekal dalam Bahasa Inggeris.

Laporan Program Anti Dadah Peringkat Sekolah


Pada 5 Mac yang lalu,Sekolah Kebangsaan Jengka Batu 13 telah mengadakan
Program Minggu Anti Dadah peringkat sekolah.Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran pendidikan pencegahan kepada murid,guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam kancah najis dadah.
Sambutan ini di adakan bermula 8 pagi dengan tayangan slaid dan seterusnya diikuti dengan Mesej 5 minit PPDa oleh Guru PPDa.Sejurus selepas itu Guru besar membaca perutusan dan merasmikan gimik pelancaran Minggu anti dadah peringkat sekolah.
Seterusnya pertandingan mewarna oleh pra sekolah dan tahap 1 serta pertandingan melukis poster oleh pelajar-pelajar tahap 2.
Selepas rehat pelajar -pelajar pula menyaksikan kuiz anti dadah oleh pelaja-pelajar tahap 2.Sebagai penutup program , saat yang dinanti-nantikan iaitu majlis penyampaian hadiah oleh Guru Besar.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mesej 5 minit dari Ustaz Jamil

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Gimik perlancaran minggu anti dadah oleh Tuan Guru Besar.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Hakim yang adil dan penjaga masa yang setia pada paksinya.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Adik ct kita yang berbakat besar dalam mengacara majlis.Pas ni leh la akak dok dapur.he..he.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us.

Cikgu Asmadi.Isman,Ustaz Hasim dan Ustazah Zamzalina setia mengawal pelajar-pelajar.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pelajar-pelajar bersama cikgu Mohd Noor khusuk mendengar ceramah.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Cikgu Zaiton,Cikgu Safiah,Ustazah Nazirah,Cikgu Maziah dan Cikgu Rozana.