Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua

Friday, April 2, 2010

Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-37

Selesai sudah Mesyuarat Agung PIBG yang ke-37 semalam.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru,kakitangan,pekerja swasta,Ajk PIBG dan orang perseorangan yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Terima kasih sekalung budi.Majlis di Rasmikan oleh Tuan Hj Zainol, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Maran.Dalam majlis ini beliau turut menyampaikan Hadiah kecemerlangan kepada pelajar-pelajar cemerlang 5A dan 4a 1b bagi tahun 2009.Pelajar 5A mendapat Rm220 beserta senaskah Al-Quran.Pelajar 4a pula mendapat RM50 juga beserta senaskah Al-Quran.Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya.Kehadiran ibubapa juga sangat menggalakkan.Dengan sekolah kecil seramai 140 pelajar,ibubapa yang hadir juga dianggarkan melebihi 100 orang.Selepas jamuan,majlis disambung dengan mesyuarat agung PIBG kali ke 37.Tiada sebarang usul dibahaskan dalam mesyuarat ini.Banyak cadangan-cadangan disarankan oleh Tuan Guru Besar dalam hal-hal yang berkaitan kebajikan pelajar.
Majlis diserikan dengan 39 Cabutan bertuah yang terdiri daripada hamper,barang eletrik dan dapur serta cenderamata-cenderamata hasil sumbangan Ajk PIBG dan Individu terbabit.Tahniah pada yang bertuah!!

.Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dari kiri,GPK 1, Ustaz Hasim Bakar,Guru Besar,Tuan Hj Zainol,Yang Dipertua PIBG

Free Image Hosting at www.ImageShack.us.

Ramai kaum ibu yang hadir

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Guru-guru mengambil bahagian

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pekerja sekolah menyiapkan jamuan ibu-bapa

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Perasmian dan penyampaian hadiah kecemerlangan

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Penjaga yang mewakili anak masing-masing

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pengacara majlis


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Cabutan bertuah..Kita lihat sapa yang kena!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kaum bapa tidak ketinggalan

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mesyuarat Agung dipengerusikan oleh Yang Dipertua PIBG

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Cikgu nora dan Cikgu Zaiton

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Orang kuat jamuan

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ibu bapa mengambil makanan