Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua

Saturday, March 6, 2010

PKSR 1 Sesi 2010

Pada 8 Mac 2010 ( Isnin) akan di adakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah kali pertama bagi sesi 2010 serentak seluruh Maran.Mudah-mudahan pelajar-pelajar dapat menjawab soalan dengan baik.Kebanyakkan soalan perpandukan sukatan pelajaran.Selamat menjawab soalan bagi pelajar-pelajar SK Jengka Batu 13.Cikgu doakan kalian berjaya.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Sambutan diadakan pada 2 mac yang lalu dalam suasana yang sederhana tetapi meriah.Apa yang penting Sambutan Maulidur Rasul ini diadakan untuk mendedahkan pelajar dan menerapkan nilai-nilai serta keperibadian mulia yang ada pada Junjungan besar Nabi Muhammad S.a.w.
Tema pada tahun ini ialah 'Memantapkan Ukhuwah , Memperkasakan Ummah'.
Antara agenda yang terdapat dala program ini ialah Perarakan beramai-ramai.Tazkirah,Nasyid dan bercerita, Bacaan Aayat suci Al-Quran,Berzanji dan Majlis Potong jambul serta marhaban

Free Image Hosting at www.ImageShack.us.

Ustazah Zamzalina,Cikgu Zaiton,Cikgu Nora,Cikgu Rozana dan Cikgu Mimie.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Baby Amir Mukriz di Majlis potong Jambul.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Majlis Berzanji oleh Ustaz Jamil,Ustaz Hasim,Ustazah Zamzalina dan Puan Mimie Hafiza.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Bacaan Ayat-ayat suci Al-Quran yang merdu oleh Adik Norman Hakim Abg Ghani.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pertandingan Banner oleh pelajar-pelajar sempena Maulidurasul.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Perarakan Maulidurasul oleh pelajar-pelajar,guru-guru dan kakitangan sekolah.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Semangat Maulidurasul Kumpulan 5.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Guru besar bersama-sama guru -guru SK Jengka Batu 13.

Raptai Mulidurasul

Sehari sebelum Maulidurasul di adakan raptai agar perjalanan Majlis berjalan dengan lancarnya pada Hari sebenar Sambutan.Semua guru,kakitangan,pekerja dan pelajar-pelajar memberi kerjasama yang baik

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ustazah Zamzalina dan Teacher Siti.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Raptai Nasyid

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Orang kuat Maulidur Rasul,Ustaz Jamil.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Guru-guru sedang sibuk membuat persiapan.

Wednesday, January 20, 2010

Alamat Email Terbaru



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Merujuk kepada surat yang diterima oleh sekolah 18 Januari yag lalu,Pihak Sektor Pengurusan dan ICT JPN Pahang meminta semua sekolah membuat penyeragaman Email sekolah.
Ini berikutan,Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) masih belum dapat mewujudkan email rasmi sekolah di bawah webmail Kementerian Pelajaran Malaysia.
Email baru telah diselaraskan dengan akaun baru gmail(googlemail).
Berikut ialah alamat email sekolah yang baru.Harus digunapakai bermula 2010 di peringkat sekolah,PPD,JPN dan KPM.

cba9145.skjbt13.gmail.com.my

Password email boleh minta dengan Guru data sekolah.Tidak dipamerkan di sini bagi tujuan keselamatan.Terima Kasih.

Monday, January 18, 2010

Pakaian Rasmi Guru Dan Kakitangan Sekolah



Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Pakaian rasmi Guru dan Kakitangan ini dipakai setiap Hari Isnin atau majlis-majlis rasmi sekolah seperti Hari Guru , Hari Anugerah Cemerlang dan sebagainya.Bagi Guru dan kakitangan lelaki,baju hijau lembut menjadi pilihan sebagai pelengkap uniform rasmi sekolah.

Thursday, January 14, 2010

Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2010

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Hari ini,diadakan Mesyuarat Kurikulum kali pertama bagi tahun 2010.Mesyuarat dipengerusikan oleh Guru Penolong Kanan En Hasim Bin Bakar.
Semua guru terlibat.Agenda yang dibincangkan ialah Laporan GPK 1 ,Pra sekolah.jQaf,Kia2m,Pemulihan dan juga Laporan daripada Setiausaha Peperiksaan.Mesyuarat ditangguhkan jam 3 petang.Mesyuarat kali kedua pula dijangka akan diadakan selepas P1 .

Wednesday, January 13, 2010

Tahniah SK Jengka Batu 13!!



RUMUSAN SKOR SKPM


Sekolah : CBA9145
Nama Sekolah : SK JENGKA BATU 13
Nama Pengetua/Guru Besar : ABD HAMID BIN VYTI
GPS : UPSR : (2008 - 2.07) (2009 - 1.47)

RUMUSAN SKOR SKPM

Dimensi I : Hala Tuju Kepimpinan : 8.20
Dimensi II : Pengurusan Organisasi : 25.60
Dimensi III : Pengurusan Program Pendidikan : 40.40
Dimensi IV : Kemenjadian Murid : 12.80
Jumlah Besar SKPM : 87.00
Skor Komposit : 82.63 %
Target skor komposit 2010:84%

KEDUDUKAN SEKOLAH seperti pada 05.01.2010 ialah 270 / 7617

Pencapaian Sekolah Gred SKM yang sangat membanggakan!!Tahniah!