Hari pertama persekolahan bermula pada hari ini,Isnin bersamaan 4 Januari 2010.Ramai ibu -bapa menghantar anak-anak sambil menunggu mereka memulakan pelajaran pertama hari ini.Yang pastinya murid-murid sangat teruja untuk memulakan sesi persekolahan dengan kasut,beg dan baju baru.Pada pelajar pra sekolah dan tahun 1,ini merupakan pengalaman baru dan mereka nampaknya sangat bersemangat.Sesi persekolahan pada hari ini dipantau oleh Tuan Hj Zainol,Pegawai Sektor Sekolah Rendah Jabatan Pelajaran Pahang.
Pelajar Keturunan Asli juga tidak ketinggalan untuk hadir di sesi pertama persekolahan dan mereka begitu bersemangat sekali.
No comments:
Post a Comment