Monday, January 18, 2010
Thursday, January 14, 2010
Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2010

Hari ini,diadakan Mesyuarat Kurikulum kali pertama bagi tahun 2010.Mesyuarat dipengerusikan oleh Guru Penolong Kanan En Hasim Bin Bakar.
Semua guru terlibat.Agenda yang dibincangkan ialah Laporan GPK 1 ,Pra sekolah.jQaf,Kia2m,Pemulihan dan juga Laporan daripada Setiausaha Peperiksaan.Mesyuarat ditangguhkan jam 3 petang.Mesyuarat kali kedua pula dijangka akan diadakan selepas P1 .
Wednesday, January 13, 2010
Tahniah SK Jengka Batu 13!!
RUMUSAN SKOR SKPM
Sekolah : CBA9145
Nama Sekolah : SK JENGKA BATU 13
Nama Pengetua/Guru Besar : ABD HAMID BIN VYTI
GPS : UPSR : (2008 - 2.07) (2009 - 1.47)
RUMUSAN SKOR SKPM
Dimensi I : Hala Tuju Kepimpinan : 8.20
Dimensi II : Pengurusan Organisasi : 25.60
Dimensi III : Pengurusan Program Pendidikan : 40.40
Dimensi IV : Kemenjadian Murid : 12.80
Jumlah Besar SKPM : 87.00
Skor Komposit : 82.63 %
Target skor komposit 2010:84%
KEDUDUKAN SEKOLAH seperti pada 05.01.2010 ialah 270 / 7617
Pencapaian Sekolah Gred SKM yang sangat membanggakan!!Tahniah!
Sunday, January 10, 2010
Warga Pendidik Sk Jengka Batu 13
Warga pendidik SK Jengka Batu 13 terdiri daripada pelbagai opsyen.
Ada yang telah lama dalam bidang perguruan dan ada juga yang masih baru dalam Profesion perguruan ini.Yang pastinya latar belakang opyen masing-masing dapat memenuhi keperluan pelajar-pelajar SK Jengka Batu 13 amnya.

Dari kiri (Duduk):
Puan Maziah Sapar,En Asmadi Husin(GPK HEM),Ustaz Hasim Bakar(GPK Kurikulum),
En Abd Hamid Bin Vyty(Guru Besar),En. Mohd Noor Yusuf(GPK Ko-Ku),Ustaz Jamil Bin Ahmad,Puan Noor Mimie Hafiza Tukiman.
Dari Kiri( Berdiri ):
Ustazah Zamzalina,Puan Zaiton,Puan Umi Zuriati,Puan Norazlipah,Puan Rozana Othman,
Puan Safiah Mohamad.
Ada yang telah lama dalam bidang perguruan dan ada juga yang masih baru dalam Profesion perguruan ini.Yang pastinya latar belakang opyen masing-masing dapat memenuhi keperluan pelajar-pelajar SK Jengka Batu 13 amnya.

Dari kiri (Duduk):
Puan Maziah Sapar,En Asmadi Husin(GPK HEM),Ustaz Hasim Bakar(GPK Kurikulum),
En Abd Hamid Bin Vyty(Guru Besar),En. Mohd Noor Yusuf(GPK Ko-Ku),Ustaz Jamil Bin Ahmad,Puan Noor Mimie Hafiza Tukiman.
Dari Kiri( Berdiri ):
Ustazah Zamzalina,Puan Zaiton,Puan Umi Zuriati,Puan Norazlipah,Puan Rozana Othman,
Puan Safiah Mohamad.
Thursday, January 7, 2010
Peneraju Sk Jengka Batu 13

Sekolah Kebangsaan Jengka Batu 13 ini di naungi oleh Tuan Guru Besar, En Abd Hamid bin Vyti.
Guru Penolong Kanan 1(Kurikulum) pula ialah En Hasim Bin Bakar.Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid disandang oleh En Asmadi Bin Husin.Manakala En Mohd Noor Bin Yusoff memegang jawatan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum.
Monday, January 4, 2010
Hari Pertama Persekolahan
Hari pertama persekolahan bermula pada hari ini,Isnin bersamaan 4 Januari 2010.Ramai ibu -bapa menghantar anak-anak sambil menunggu mereka memulakan pelajaran pertama hari ini.Yang pastinya murid-murid sangat teruja untuk memulakan sesi persekolahan dengan kasut,beg dan baju baru.Pada pelajar pra sekolah dan tahun 1,ini merupakan pengalaman baru dan mereka nampaknya sangat bersemangat.Sesi persekolahan pada hari ini dipantau oleh Tuan Hj Zainol,Pegawai Sektor Sekolah Rendah Jabatan Pelajaran Pahang.

Pelajar Keturunan Asli juga tidak ketinggalan untuk hadir di sesi pertama persekolahan dan mereka begitu bersemangat sekali.
Karnival Pendidikan 2009 Dalam Kenangan
Karnival Pendidikan yang berlangsung selama 4 hari ini sungguh meriah dengan pelbagai program.Karnival Bahasa membuka tirai Karnival pada hari pertama.Yang pastinya pelajar-pelajar mendapat banyak manfaat daripada pertandingan yang di anjurkan.

Pertandingan Nasyid dimenangi oleh rumah Perwira.

Ceramah Bomba,Polis Dan Agensi Anti Dadah pada Hari Kedua.

Ceramah Agama Dari Ustaz Idris Idrus pada malam Kedua mendapat sambutan yang menggalakkan dari Ibu bapa , pelajar-pelajar dan penduduk setempat.

Hari Penutup Karnival yang dirasmikan oleh Tuan Hj Ariffin Bin Hj Awang Ismail (Wakil Ahli Parlimen Maran) diserikan Lagidengan kejayaan Pelajar-pelajar Tahun 6 yang cmerlang dalam pelajaran.

Antara barisan guru-guru yang menjayakan Karnival Pendidikan 2009.

Big Boss...En Mohd Noor Bin Yusoff ,Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum merupakan Peneraju Utama Karnival Pendidikan 2009 .(Memakai Topi hitam)
Subscribe to:
Posts (Atom)



















