Virus Influensa A
HINI mula kembali. Maran mencatatkan seorang pesakit setakat hari ini (orang awam). Pihak
sekolah diharapkan mengambil langkah berjaga-jaga dan bersedia. Diharap dapat melaporkan
sebarang kemungkinan atau keadaan sekolah ke PPD dari masa ke semasa.
Sebagai panduan, senarai tanda dan gejala Influenza A adalah demam (38'C dan ke atas),
batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti sakit badan, sakit kepala, lesu dan sukar bernafas.
Terdapat juga yang mengalami muntah-muntah dan cirit birit. Pelajar dan seluruh warga
sekolah perlu dimaklumkan bahaya H1N1 ini.
Pantau mereka yang mengalami simpton demam terutama selsema dan rujuk pihak hospital
berdekatan. Ikuti prosedur dan arahan Jabatan Pelajaran Pahang
(JPNP 02/08/1001 jld 5/(53).1 /
Sumber dipetik dari Web Rasmi PPD Maran
No comments:
Post a Comment