Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua

Wednesday, April 14, 2010

SKIM BAUCER TUISYEN KEMBALI

SBT kini kembali setelah arahan daripada kementerian telah dimaklumkan. Mesyuarat
penyelarasan HEM pada 13 APRIL 2010 di PPD Maran memastikan perlaksanaan SBT dapat
dijalankan mengikut ketetapan kementerian. Hanya tahun enam terlibat kali ini. pihak sekolah
diminta untuk memohon dan menguruskan SBT ini. Perlaksanaannya mulai APRIL hingga
September 2010. Diharapkan SBT dapat membantu kecemerlangan akademik para pelajar.

Sumber :Laman web Rasmi PPD Maran

No comments:

Post a Comment