Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua

Sunday, May 16, 2010

festival hari guru 2010 di East Coast Mall Kuantan

Tarikh:13 Mei- 16 Mei 2020
Tempat : East Coast Mall, Kuantan
Aktiviti:Pelancaran Hari Guru dan Lawatan Timbalan Perdana Menteri

Festival Hari Guru 2010 menampilkan konsep pertautan antara ilmu dan pembangunan modal insan. Komponen aktiviti sepanjang tempoh pameran adalah seminar, forum, bengkel, ekspo, peraduan, pertandingan, pertunjukan, demonstrasi dan sebagainya yang melibatkan interaksi secara langsung antara warga pendidik, pelajar, sektor korporat, agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan dan masyarakat setempat

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Gotong Royong sempena Hari Guru 2010

Gotong royong perdana ini diadakan sempena Hari Guru 2010.
Aktiviti bermula dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahari.Semua guru,pekerja dan pelajar tahun 5 dan 6 terlibat.Terima kasih di atas kerjasama yeng telah diberikan oleh semua pihak.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Monday, April 19, 2010

Skj Batu 13 di facebook..Jom Chating!

Ruangan shoutmix telah dimansuh.Jom chat di http://www.facebook.com/people/Batutigabelas-Chenor/100000998271989.Sila sign up dahulu di facebook.
Buat pengetahuan semua , klik pada picture badget .Tq

Wednesday, April 14, 2010

SKIM BAUCER TUISYEN KEMBALI

SBT kini kembali setelah arahan daripada kementerian telah dimaklumkan. Mesyuarat
penyelarasan HEM pada 13 APRIL 2010 di PPD Maran memastikan perlaksanaan SBT dapat
dijalankan mengikut ketetapan kementerian. Hanya tahun enam terlibat kali ini. pihak sekolah
diminta untuk memohon dan menguruskan SBT ini. Perlaksanaannya mulai APRIL hingga
September 2010. Diharapkan SBT dapat membantu kecemerlangan akademik para pelajar.

Sumber :Laman web Rasmi PPD Maran

Gelombang kedua H1N1 mula menular di Daerah Maran


Virus Influensa A
HINI mula kembali. Maran mencatatkan seorang pesakit setakat hari ini (orang awam). Pihak
sekolah diharapkan mengambil langkah berjaga-jaga dan bersedia. Diharap dapat melaporkan
sebarang kemungkinan atau keadaan sekolah ke PPD dari masa ke semasa.
Sebagai panduan, senarai tanda dan gejala Influenza A adalah demam (38'C dan ke atas),
batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti sakit badan, sakit kepala, lesu dan sukar bernafas.
Terdapat juga yang mengalami muntah-muntah dan cirit birit. Pelajar dan seluruh warga
sekolah perlu dimaklumkan bahaya H1N1 ini.
Pantau mereka yang mengalami simpton demam terutama selsema dan rujuk pihak hospital
berdekatan. Ikuti prosedur dan arahan Jabatan Pelajaran Pahang
(JPNP 02/08/1001 jld 5/(53).1 /

Sumber dipetik dari Web Rasmi PPD Maran

Kami Guru Malaysia


Perjumpaan Ibubapa calon UPSR 2010

Pada 13 April,Selasa , SK Jengka Batu 13 telah mengadakan perjumpaan ibubapa untuk memberi laporan mengenai pencapaian murid- murid tahun 6 setakat ini.Perjumpaan ini juga dihadiri oleh Timbalan PPD , Tuan Hj Zainol.Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir kerana meluangkan masa untuk mendengar kelemahan dan kekuatan anak-anak dalam pelajaran.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dari kir: En Asmadi Husin,Tn Hj Zainol,En Hasim Bakar

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ibubapa khusuk mendengar laporan

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pelajar - pelajar tahun 6

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tuan Guru Besar , En Abdul Hamid Vyti